TAMADUN DAN KEBUDAYAAN
TUGASAN
INDIVIDU
( PUTERI GUNUNG LEDANG )
NAMA : ZAHRATULNUR BINTI ISMAIL
NO.MATRIK : C12A465
KELAS : F9
PENSYARAH : EN.IWAN ZAHAR
Seperti yang kita tahu, laksamana Melaka yang terkenal iaitu Hang Tuah
dan hubungannya dengan Puteri Gunung Ledang. Menurut Sejarah Melayu dikatakan
Puteri Gunung Ledang yang berasal daripada Jawa dikatakan mempunyai paras rupa
yang cantik hingga menawan hati Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Syah. Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri
Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia
bererti sama dengan raja-raja lain.
Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya;
"...
yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja lain, itulah yang hendak
kita peristeri (Puteri Gunung Ledang). Akan sekarang, kita hendak menyuruh
meminang Puteri Gunung Ledang." (Tun Sri Lanang (1565-1659)
Maka, diperhantarlah
satu rombongan atas titah tuanku ke Gunung Ledang untuk meminang sang puteri.
Sepertimana yang anda tahu, pinangan Sultan Mahmud ditolak dengan "lembut
dan berkias" tapi penuh "tajam" apabila Puteri Gunung Ledang
mengenakan tujuh syarat yang mustahil untuk dipenuhi. Antaranya ialah 1
jembatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati
kuman, 7 tempayan air mata anak dara, 7
tempayan air pinang muda dan 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, yaitu anak Sultan
Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.Semua syarat itu sanggup
ditunaikan oleh Sultan Melaka tetapi tidak syarat ketujuh, iaitu semangkuk
darah Sultan Ahmad.Begitulah versi lagenda yang diceritakan pada kita sejak
turun temurun.( a. samad ahmad, 1978).
Tetapi ada orang percaya sebenarnya puteri
gunung ledang menyintai hang tuah dan enggan mempersuamikan sultan melaka.Maka
diberikan 7 syarat yang mustahil untuk ditunaikan sebagai kiasan menolak
pinangan baginda. (Ismaputra
samsudin, 2011).
Lebih mendukakan hati sang puteri,
hang tuah bagai lembu dicucuk hidung, apabila disuruh sultan untuk meminangkan
sang puteri. maka hati sang puteri hancur kerana hang tuah tidak mempertahankan
cinta mereka sebaliknya menumpahkan taat tak berbelah bagi kepada sultan
mahmud.(A. samad ahmad, 1979).
Mengikut catatan dikatakan hang
tuah begitu tua dan lemah hingga beliau menyuruh tun mamat menggantikan beliau
untuk mendaki gunung tersebut. Tidakkah ada keraguan di sini? mulanya hang tuah
yang diarahkan baginda sultan untuk mengetuai rombongan ini. kita semua tahu
setiap arahan sultan sentiasa dipenuhi hang tuah hatta bila diarahkan untuk
menghalang sahabatnya sendiri hang jebat, beliau sanggup.jadi, kenapa hang tuah
menolak untuk mendaki gunung ini? hakikatnya, hang tuah sudah lama mengetahui
tujuh syarat yang mustahil untuk dipenuhi` oleh puteri gunung ledang.(Faizal
Rahmat, 2010)
Hang tuah
begitu taat kepada sultan dan ini menunjukkan bahawa sultan sebagai pemerintah tertinggi negeri Melaka mempunyai kuasa mutlak
dalam memberikan arahan kepada rakyatnya. Sebagai rakyat, hendaklah
mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh raja/sultan dengan penuh taat setia.Raja/sultan
juga mempunyai kedaulatan dan sesiapa pun tidak boleh membangkang setiap arahan
yang telah dikeluarkan oleh sultan kerana sultan mempunyai kuasa yang mutlak. bagi rakyat yang mengingkari setiap arahan yang dikeluarkan akan menerima
‘tulah’. Tulah itu merupakan balasan dan akibat mengingkari arahan raja/sultan. raja/sultan juga berkuasa menjatuhi hukuman kepada
sesiapa yang baginda kehendaki terutama yang mengingkari setiap arahannya raja/sultan. ini menunjukkan kedudukan sultan begitu tinggi dalam sebuah hierarki
pemerintahan(nur farhana,2009).
Setibanya di melaka rombongan peminagan itu mengusulkan
keinginan tuan puteri gunung ledang kepada sultan melaka, dengan penuh hasrat
dan tanpa memikirkan ke 7 sulam kata itu sultan melaka sanggup
mengorbankan anakda nya sendiri, sultan melaka sanggup menuruti ke
tujuh-tujuh sulam kata yang diberi oleh tuan puteri gunung ledang tanpa
menghiraukan darah darah anakandanya mengalir
maka sewaktu sultan melaka ingin mengorbakna
anakdanya, turun lah tuan puteri dari gunung ledang ke melaka. untuk menghalang
sultan melaka dari mengorbankan anakdanya untuk memuaskan kesemua sulam kata
yang diberi oleh tuan puteri gunung ledang, namun begitu 7 sulam kata itu hanya mainan bibir tuan
puteri untuk menolak peminagan itu,yang tanpa difikir secara waras oleh sultan
melaka,
tuan puteri merayu kepada sultan melaka agar cinta nya di tentukan oleh diri nya sendiri dengan bungan dengan niat di perdagangkan, maka tuan puteri memohon untuk menetap di puncak gunung ledang tanpa menyakitkan hati sesiapa untuk memenuhi kata hatinya.
maka dengan penuh murkanya sultan melaka berkata beta perkenankan permintaan tuan puteri akan tetapi
“dan sesungguh nya bumi melaka ini bumi berdaulat.
di arahkan tuan puteri akan keseorangkan dipuncak gunung ledang tidak boleh di pandang oleh sesiapa sesudah subuh kelak. nescaya dia yang memandang beta sumpah. Hilang nyawa bermuntahkan darah”
maka dengan penuh hiba tuan puteri gunung ledang pulang kepuncak gunung ledang.. menantikan saat sumpahan itu termakbul.Kesedihan tuan puteri diketahui oleh laksamana hang tuah.Maka laksamana hang tuah menurut pergi ke gunung ledang mencari kekasih hati nya.
setibanya laksamana hang tuan di puncak gunung ledang, sudah menghampiri kepada subuh.. dengan penuh rasa kecewanya,hampa dan sedih laksamana hang tuah merayu akan tuan puteri gunung ledang menunjukkkan dirinya.Dengan penuh rasa hiba,sedih dan takut tuan puteri menyembunyikan diri tanpa dilihat oleh laksamana hang tuah. Kerana takutkan laksamana hang tuan mati bermuntahkan darah di atas sumpahan sultan melaka. Maka terputuslah kisah cinta yang hanya dapat dirasakan dengan derupan angin yang menyelubungi dir laksamana hang tuah.Cinta lakasamana hang tuah kepada tuan puteru gunung ledang tidak ternilai dengan harta benda, kerana laksamana hangtuah telah membuangkan dirinya dari menjadi laksamana melaka, cinta laksamana hang tuah tidak dapat dibalas dengan sentuhan dari tuan puteri gunug ledang, cuma dapat dirasai oleh hati sanubari di antara laksaman hang tuah dengan puteri gunung ledang.(R.Aizuddin,2002)

Kesimpulannya,kita dapat melihat bahawa kesetiaan Hang Tuah
kepada sultan tetapi beliau bijak dalam menolak arahan sultan kerana stategi
yang digunakan.Selain itu, sultanMahmud shah
adalah seorang yang mementingkan
keinginannya sahaja kerana rela mengorbankan anakandanya sendiri.
DISKUSI:PENDAPAT UMUM
MENGENAI LAGENDA PUTERI GUNUNG LEDANG.
Umum mengetahui bahawa puteri gunung ledang adalah seorang
puteri yang cantik dan bijak. Hal ini dapat dibuktikan dengan syarat yang
dikenakan ke atas Sultan Mahmud Shah. Selain itu dengan adanya syarat tersebut
dapat kita menyatakan bahawa Puteri Gunung Ledang telah menolak lamaran sultan
denagn sangat bijaksana.
Bibiliografi
Muhammad
Yusoff Hashim, Persejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber, Penghayatan, Masalah
Dan Tafsiran Naskhah-Naskhah Terpilih Sejarah Melayu, Teks Publising Sdn Bhd. Kuala Lumpur, 1998
Muhammad
Yusoff Hashim, Syair Sultan Maulana: Satu Penelitian Kritis
Tentang Hasil Pensejarahan Melayu Tradisional, Universiti Malaya, 1998
Muhd
Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1971
Muhd
Yusof Ibrahim Dan Mahuyudin Hj. Yahya, Sejarawan
Dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998
Reiss, Timothy J
1992 The
Meaning of Literature. Ithaca, Cornell University Press.
Tun Seri Lanang
1997 Sulalat
al-Salatin. Muhammad Haji Salleh, editor. Kuala Lumpur, Yayasan
Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zalila Sharif dan jamilah Haji Ahmad, ed.
1993 Kesusasteraan
Melayu Tradisional. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
No comments:
Post a Comment