Sunday, 28 July 2013

koleksi pantun raya



xsabarnya dah nak raya..tp raya tahun ni dah tak semeriah raya waktu zaman kanak2..dulu banyak dapat duet raya.,pergi ramai2 rumah jiran2..dlu masa kecik kawan zarra sume laki..sebb jiran dekat2 yg hmpir sebaya semuanya laki,,pnjat pokok aktiviti kami,,hee..berbalik crita pasl raya..zarra nak share sikit..dulu kalau dapat rm1 memg dah syok sgt..dah kira banyak dah tu,,ada yang bagi rm5..kalau bg rm5 tu kami kira mcm org kaya sikit la,,hehe.tp jgn tak tahu ada juga yang bagi 5sen!!ya allah,,kami walaupon kecik lagi tp tahu menilai,,mula la kalau raya tahun depan xnak dah pegi rumah pkcik yg bg 5sen tu..hehe..mcm2 kan raya zaman kanak2..dah xseperti sekarang...zarra rindu semua tu..dah besar man nk dpt duet ryanye...malu lah tapi still nak,,,haha..

okey,,zara nak share pantun2 raya kpd readers..bukan ape..dulu kcik2 zara suka kumpul dan bc pantun2 raya ni,,,seronok,,,ni die pantunnya...selamat membaca,,,


Pantun 1:
Membeli mercun di Kedai Pak Ali,
Bermain mercun di tengah padang,
Bila bermain bising sekali,
Di kejar Pak Abu dengan parang.

Pantun 2:
Membeli diesel di kedai Ah Seng,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.

Pantun 3:
Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.

Pantun 4:
Pulang ke kampung di pagi raya,
Kampung terletak di Taman Kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh Pak Ngah, 2 ringgit je?.

Pantun 5:
Bile nak raya tertanya-tanya,
Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Banyak bicara banyak dosanya,
Wahai rerakan, maafkan saya.

Pantun 6:
Sang Teruna berbaju melayu,
Sang Dara berbaju kebaya,
Wahai si gadis yang ayu,
Jom kahwin lepas raya.

Pantun 7:
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Pantun 8:
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Pantun 9:
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Pantun 10:
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Pantun 11:
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Pantun 12:
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Pantun 13:
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Pantun 14:
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Pantun 15:
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Pantun 16:
Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
menyambut syawal bersama keluarga.

Pantun 17:
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Pantun 18:
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.

Pantun 19:
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Pantun 20:
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.


No comments:

Post a Comment