Sunday 22 December 2013

Kenali Pasangan melalui unsur


Just sharing what i know.tetibe rasa teruja pulak dgn benda ni.haha.xla cya 100%.

Ni petua dan pandangan orang2 lama berdasarkan turutan anak ke berapa dalam keluarga. Tapi sehingga hari ni, aku mendapati semuanya tepat bila aku sendiri bandingkan sifat2 tersebut dengan adik beradik aku.

Unsur Tanah  - Anak pertama, kelima, kesembilan
Unsur Air       - Anak kedua, keenam, kesepuluh
Unsur Api      - Anak ketiga, ketujuh, kesebelas
Unsur Angin   - Anak keempat, kelapan, kedua belas

Sifat anak berunsur tanah
Pendiam, pendengar yang baik,penyabar dan setia.
Tidak mudah membangkang, dengar kata dan boleh dibawak berbincang.
Berpewatakan manis, lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif
Tidak banyak karenah, tidak cerewet , menghormati orang lain, rendah diri dan tidak sombong
Suka pendam rasa marah sampai satu tahap boleh meletup (seperti gunung berapi)
Lambat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan

Sifat anak berunsur air
Sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain
Membuat kerja dengan teratur, teliti dan pantas
Keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk. Dia je yang nak menang.
Manja, lembut hati dan sensitif
Air yang tenang, jangan disangka tiada bah !!Mood yang mudah berubah2

Sifat anak berunsur api
Semangat yang tinggi, sangat aktif  dan berkobar
Sangat teliti dan berwaspada
Suka menyakat dan mengenakan orang lain
Panas baran dan mudah melukakan hati orang lain
Sangat kuat cemburu

Sifat anak berunsur angin
Melembutkan hati orang lain
Mood berubah2 ikut suka hati dia je
Suka menolong orang dan boleh memberi kerjasama
Suka membuat hal sendiri dan keras hati
Suka mempamerkan perasaan sekiranya tidak puas hati
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sifat tanah sesuai dengan sifat angin kerana tanah tidak banyak dipengaruhi
oleh angin. Walaupun sekuat mana angin, tanah tetap teguh.

Air sangat sesuai dengan api.
Sifat api yang panas membara dapat dipadamkan dengan air.
Tetapi kadang2 api juga mampu memanaskan dan mempengaruhi air

Angin tidak sesuai dengan api, kedua2 unsur ini pasti akan banyak menemui
masalah dalam perhubungan kerana sifat kedua2nya yang keras hati dan tak nak mengalah.
Angin akan sentiasa memarakkan api

Tanah juga sangat sesuai dengan api kerana api mampu dipadam oleh tanah.
Tetapi api juga mampu membakar tanah

Tanah dan air adalah pasangan yang secocok.
Masing2 sama memerlukan antara satu sama lain

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So amacam? Korang dah tau apa sifat sebenar korang. Samada betul atau tak, korang sendiri nilai ye.

No comments:

Post a Comment