Saturday, 28 July 2012

CINTA mungkinkah Redchikohara jatuh cinta?

         "Hoi, kau tak puasa ya?!"
         Erkk, serentak  begedil daging di tangan Moon masuk ke mulut. Nasib baik  begedil tu lembut, boleh terus ditelan tekaknya yang  mengembang menanti makanan masuk.
        "Eh, kau tak puasa ya? Macam aku tak nampak  kau curik begedil bawah tudung saji tadi. Aku cakap kat mak aku kau  ponteng puasa! Tahulah kau apa nasib kau nanti!"keras amaran Redchikohara. Wajahnya sudah kemerahan  menahan marah.   
     "Mana ada. Aku puasa la. Kalau kau  tak percaya, tengok mulut aku nih. Ngaaaaaaaaa!" kerana konfident begedil tadi sudah selamat dalam perut, dia mengangakan mulut seluas mungkin.  
        "Takde kan? Mana ada begedil tu dalam mulut aku. Tak baik kau tuduh aku tak puasa."
        Redchikohara mendengus. Mulutnya tidak sudah-sudah  merungut dan dia terus berlalu dari ruang dapur itu meninggalkan aku yang masih terkulat-kulat memikirkan apa lagi juadah yang disediakan mak long di bawah tudung saji tadi. Tak guna betul Redchikohara, tiba-tiba saja muncul menyergah. Kalau ye pun, bagi laa salam dulu. Dapat juga pahala memberi dan menjawab salam. Ini main sergah je. Mujur aku dah biasa buat kerja  macam ni, jadi tugas telan-menelan secara pantas begini bukanlah satu masalah besar bagi aku yang bertubuh  besar ini.
         "Kalau lapar, makan ajelah Moon. Tak payah  terjenguk-jenguk macam kucing. Dah kamu uzur, tak payah tahan-tahan lapar."mak long yang baru muncul di pintu dapur menegur. Di tangannya ada plastik berisi bubur lambok. Baru balik dari masak-memasak di  masjid gamaknya. 
           "Errr,, mak long. Seganlah."
          "Kamu malu pada Redwan ke?Dia dah keluar pergi bazaar ramadhan. Makan ajelah."getus mak long.
         "Tak apalah mak long. Nanti time bukak pose ajelah Moon makan sama-sama. Moon pun bukan lapar sangat. Moon masuk bilik dululah.." Moon seraya meminta diri. Dalam fikirannya  terbayang wajah Redchikohara.  apa jadi kalau tengah dia sedap-sedap mentekedarah nasik, lelaki itu pulang dari bazaar ramadhan? Tak ke bersembur nasik dari mulutnya? Ahhhh, tapi dia tak salah. dia memang tak boleh puasa, bukan saja-saja ponteng puasa. Sepatutnya Redchikohara yang merasa malu kerana menuduhnya ponteng puasa.
       Ahhh. kenapa pulak dia sibuk-sibuk fikir tentang lelaki itu? Bukankah sebelum ini dia tak pernah ambik pusing pasal sepupunya yang merangkap musuh tradisinya itu?Hmmmmmm..... 

**moon:"erkk. ni lah redchikohara@muhammad redwan farish yang moon selalu carik gaduh dengan  fatty moon, "  (source:intenet!hehee)





2 comments: