Wednesday, 9 January 2013

bersabarlah duhai hati...

kenapa dalam dunia ni ada manusia yang tak pernah bersyukur. bila kemewahan didepan mata semua berubah.bila lah manusia mcm ni nk sedar diri.sapa yang salah..xkan nk ckp mak bapk yang salah mendidik..kesian..semua orang tak pernah terlepas dari salah..xda yang  sempurna..tp yang bajet sempurna tu ada la..maklumlah semua dirasakan betul blaka.payah juga orang macam ni...silap hari bulan manusia macam ni boleh tikam blakang orang lain..bahaya..ibaratkan macam ikan buntal..comel dipandang tapi sakit bila tertusuk durinya.

hati ni sakit sangat2 selepas apa yang seorang hamba allah ni buat..maybe dia tak perasan dia telah menyakitkan hati orang lain.dalam erti kata lain kurang ajar..tolong............sapa2 tolong sedarkan sebelum terlambat...kesian nnti orang2 yang tersayang(kalau ada orang sayang dialah kan..heheh)

muka biar xlawa tapi hati baik..ni la tak,,muka dahla xlawa..hahha..bajet plak tu..adoi..pening kpla melayan karenah orang yang tak matang..otak senget..kene tampa skali baru berakai...
semoga allah memberi balasan kepada orang yang sebegitu sebagai pengajaran..... 

Wednesday, 2 January 2013

i hate to face all this!!

assalamualaikum semua..selamat malam..mlam ke ni??rasanya pagi dah kot..hari ni rsa mcam nak share something yg xbrapa penting la dengan reader ang blogger2 semua..boleh ke??heh..
ble tgok tajuk entry kali ni mcm bunyik benci sangat je..xla..tapi aku bengang sikit la..nak kene pindah dah kat bachok...lepas cuti sem ni semua dah berubah.aku akn masuk ke kampus bachok..

masalah sekarang ni 1 rumah 20 orang..byk tu...1 bilik 3 org..ala xde privacy  la nk becerita..mcm mana ei..aku rasa cam istanbul aku datang plak...rasa nk cari rumah sewa..tp mr love xbagi..bahaya katanya..betul jugak tu...so kene trima jela apa yang ada.

aku terpikir jugak dalam ramai2 tu nnti mesti ada yang bermasam muka..hati manusia lain2..walaupun dah dikira student u yang boleh pikir secara waras tp x mustahil ada yang akan  buat taik..

aku dapat imagine aku masuk bilik,kuar bilik,pegi kelas ,balik kelas,tidur n senyap...senyap...macam xde life pulak,,kalau 1 rumah 8 orang tu boleh tahan la jugak..
kalau dapat bilik hostel macam ni punya la bes!!
p/s:rambut sama hitam,,,hati lain-lain beb..

Tuesday, 1 January 2013

takdir vs hikmah

malam tadi dalam pukul 2 lebih aku ada sesi luahan perasaan bersam member..baru je aku nk pejam mata nama aku kene panggil2...adoi..ok..aku bukk mata..
"macam mana??"
"ermmmm..die ada pompuan lain..."
aku pun dah agak benda ni nak jdi...tp aku posiitifkan diri...positifkan orang lain jgk supaya x pkir bukan2...
yang aku xpaham sangat2 knapa dalam dunia ni ada orang yang tak reti nak hargai orang yang ada didepan mata..dah cukup sempurna kalau nk fmly yang bhgia masa depan nnti..tapi benda lain juga yang dicari...tolong la lelaki2 luar sana..jgn la mainkan hati pompuan(wakil ketua kampung ckp ni..haha)..

aku nak buat macam mna..mcm mna aku nk tolong...aku bleh bg nasihat n tips je..tu pun aku bca lam intenet..hahaha..bila pompuan dah cukup setia,jujur dan lgsung takda perasaan kat laki lain,,yang si lelaki jgn la buat pasai..jgn main tarik tali..kalau sekalipun dah ada orang lain...jujurlah...bukan susah nak jujur..lepas jujur blah r..ape tggu lg kan..tp kalau nk bg peluang ke 2 pun xpe..itu keputusan masing2..tp kene ingat...risiko tu kene tanggung..

apa lgi ei nk ckp kat sini...mcm aku plak yang nk luahkan perasaan..bukan pe..bengang sangt dgn laki mcm tu..

Tuesday, 25 December 2012

bila musim tengkujuh tiba

salam semua..aku dh agak kelantan akan banjir..see...kan dah ckp..dah byk hari hujan xberenti,asyik je turun lebat..kampus aku kat pengkalan chepa air naik ke paras pinggang..wow..nmpak cm tkot je dgr..tp di sebalik sume tu ada yang bes!!kampus tutup slma seminggu!yeeeeayy..syok abis la habaq hg.hehehe..tp kesian  dekat org2 kampung kt kelantan ni..rumah semua masuk air.banjir..mcm mna pulak dengan rezeki mereka???conform turut terjejas..tp nasib baik la kt apartment aku menginap ni xbanjir..air just naik kat paras buku lali je..tp tu pon takot gak..takot ular air..hahaha..bahaya woo...die begayut kat betis apa pon xdapat..dok meloncat2 la..tp sebb nk trun makan,lapar punya pasal tepaksa trun jgk pegi bli mknn..(tp aku rs aku diet..so xpyh mknla).hhehe..bila aku tya kat kwn aku...
"npe kt mpus kite je banjir teruk?"
jawapan dia"banyak dosa kat situ"...hahaha..tegelak aku dgr..kdng2 betul jugak..allah nk bg peringatan..
harap2 la xbanjir dah waktu nk exm bulan 1 ni...tp rsa tringin aku nk naik smpan masa bnjir..dgr kata lecturer pegi pejabat  naik smpan...hahaha..lawaknye...pakai dah smart,kasut bekilat.kemeja siap ada side tajam lagi..tp alih2 "drive" smpan je..hahaha...oppps..mls nk kutuk lebih2..kang kurang markah plak..haha..bubyeeeeee

assignment oh assignment(puteri gunung ledang)

stress yang amat sanat nk mnyiapkan tentang puteri gunung ledang ni...bile first buat direject sb xde nota kaki..kat sini aku nak share sedikit ilmu..harap sape yang membaca ni akn dapat ilmu baru...








TAMADUN DAN KEBUDAYAAN
TUGASAN INDIVIDU
( PUTERI GUNUNG LEDANG )

NAMA                 : ZAHRATULNUR BINTI ISMAIL
NO.MATRIK       : C12A465
KELAS                 : F9
PENSYARAH      : EN.IWAN ZAHAR



Seperti yang kita tahu, laksamana Melaka yang terkenal iaitu Hang Tuah dan hubungannya dengan Puteri Gunung Ledang. Menurut Sejarah Melayu dikatakan Puteri Gunung Ledang yang berasal daripada Jawa dikatakan mempunyai paras rupa yang cantik hingga menawan hati Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Syah. Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain. 
Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya;
"... yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja lain, itulah yang hendak kita peristeri (Puteri Gunung Ledang). Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang." (Tun Sri Lanang (1565-1659)
Maka, diperhantarlah satu rombongan atas titah tuanku ke Gunung Ledang untuk meminang sang puteri. Sepertimana yang anda tahu, pinangan Sultan Mahmud ditolak dengan "lembut dan berkias" tapi penuh "tajam" apabila Puteri Gunung Ledang mengenakan tujuh syarat yang mustahil untuk dipenuhi. Antaranya ialah 1 jembatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman,  7 tempayan air mata anak dara, 7 tempayan air pinang muda dan 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, yaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka tetapi tidak syarat ketujuh, iaitu semangkuk darah Sultan Ahmad.Begitulah versi lagenda yang diceritakan pada kita sejak turun temurun.( a. samad ahmad, 1978).
 Tetapi ada orang percaya sebenarnya puteri gunung ledang menyintai hang tuah dan enggan mempersuamikan sultan melaka.Maka diberikan 7 syarat yang mustahil untuk ditunaikan sebagai kiasan menolak pinangan baginda. (Ismaputra samsudin, 2011).
Lebih mendukakan hati sang puteri, hang tuah bagai lembu dicucuk hidung, apabila disuruh sultan untuk meminangkan sang puteri. maka hati sang puteri hancur kerana hang tuah tidak mempertahankan cinta mereka sebaliknya menumpahkan taat tak berbelah bagi kepada sultan mahmud.(A. samad ahmad, 1979).
Mengikut catatan dikatakan hang tuah begitu tua dan lemah hingga beliau menyuruh tun mamat menggantikan beliau untuk mendaki gunung tersebut. Tidakkah ada keraguan di sini? mulanya hang tuah yang diarahkan baginda sultan untuk mengetuai rombongan ini. kita semua tahu setiap arahan sultan sentiasa dipenuhi hang tuah hatta bila diarahkan untuk menghalang sahabatnya sendiri hang jebat, beliau sanggup.jadi, kenapa hang tuah menolak untuk mendaki gunung ini? hakikatnya, hang tuah sudah lama mengetahui tujuh syarat yang mustahil untuk dipenuhi` oleh puteri gunung ledang.(Faizal Rahmat, 2010)
Hang tuah begitu taat kepada sultan dan ini  menunjukkan bahawa sultan sebagai pemerintah   tertinggi  negeri  Melaka mempunyai kuasa mutlak dalam memberikan arahan kepada rakyatnya. Sebagai rakyat, hendaklah mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh raja/sultan dengan penuh taat setia.Raja/sultan juga mempunyai kedaulatan dan sesiapa pun tidak boleh membangkang setiap arahan yang telah dikeluarkan oleh sultan kerana sultan mempunyai kuasa yang mutlak. bagi rakyat yang mengingkari setiap arahan yang dikeluarkan akan menerima ‘tulah’. Tulah itu merupakan balasan dan akibat mengingkari arahan raja/sultan. raja/sultan juga berkuasa menjatuhi hukuman kepada sesiapa yang baginda kehendaki terutama yang mengingkari setiap  arahannya raja/sultan. ini menunjukkan kedudukan sultan begitu tinggi dalam sebuah hierarki pemerintahan(nur farhana,2009).
Setibanya di melaka rombongan peminagan itu mengusulkan keinginan tuan puteri gunung ledang kepada sultan melaka, dengan penuh hasrat dan tanpa  memikirkan ke 7 sulam kata itu sultan melaka sanggup mengorbankan  anakda nya sendiri, sultan melaka sanggup menuruti ke tujuh-tujuh sulam kata yang diberi oleh tuan puteri gunung ledang tanpa menghiraukan darah darah anakandanya  mengalir maka sewaktu sultan melaka ingin mengorbakna anakdanya, turun lah tuan puteri dari gunung ledang ke melaka. untuk menghalang sultan melaka dari mengorbankan anakdanya untuk memuaskan kesemua sulam kata yang diberi oleh tuan puteri gunung ledang, namun  begitu  7 sulam kata itu hanya mainan bibir tuan puteri untuk menolak peminagan itu,yang tanpa difikir secara waras oleh sultan melaka,
tuan puteri merayu kepada sultan melaka agar cinta nya di tentukan oleh diri nya sendiri dengan bungan dengan niat di perdagangkan, maka tuan puteri memohon untuk menetap di puncak gunung ledang tanpa menyakitkan hati sesiapa untuk memenuhi kata hatinya.
maka dengan penuh murkanya sultan melaka berkata beta perkenankan permintaan tuan puteri akan tetapi 
“dan sesungguh nya bumi melaka ini bumi berdaulat.
di arahkan tuan puteri akan keseorangkan dipuncak gunung ledang tidak boleh di pandang oleh sesiapa sesudah subuh kelak. nescaya dia yang memandang beta sumpah. Hilang nyawa bermuntahkan darah”
maka dengan penuh hiba tuan puteri gunung ledang pulang kepuncak gunung ledang.. menantikan saat sumpahan itu termakbul.Kesedihan tuan puteri diketahui oleh laksamana hang tuah.Maka laksamana hang tuah menurut pergi ke gunung ledang mencari kekasih hati nya.
setibanya laksamana hang tuan di puncak gunung ledang, sudah menghampiri kepada subuh.. dengan penuh rasa kecewanya,hampa dan sedih laksamana hang tuah merayu akan tuan puteri gunung ledang menunjukkkan dirinya.Dengan penuh rasa hiba,sedih dan takut tuan puteri menyembunyikan diri tanpa dilihat oleh laksamana hang tuah. Kerana takutkan laksamana hang tuan mati bermuntahkan darah di atas sumpahan sultan melaka. Maka terputuslah kisah cinta yang hanya dapat dirasakan dengan derupan angin yang menyelubungi dir laksamana hang tuah.Cinta lakasamana hang tuah kepada tuan puteru gunung ledang tidak ternilai dengan harta benda, kerana laksamana hangtuah telah membuangkan dirinya dari menjadi laksamana melaka, cinta laksamana hang tuah tidak dapat dibalas dengan sentuhan dari tuan puteri gunug ledang, cuma dapat dirasai oleh hati sanubari di antara laksaman hang tuah dengan puteri gunung ledang.(R.Aizuddin,2002)
Kesimpulannya,kita dapat melihat bahawa kesetiaan Hang Tuah kepada sultan tetapi beliau bijak dalam menolak arahan sultan kerana stategi yang digunakan.Selain itu, sultanMahmud shah  adalah seorang yang mementingkan keinginannya sahaja kerana rela mengorbankan anakandanya sendiri.

DISKUSI:PENDAPAT UMUM MENGENAI LAGENDA PUTERI GUNUNG LEDANG.
Umum mengetahui bahawa puteri gunung ledang adalah seorang puteri yang cantik dan bijak. Hal ini dapat dibuktikan dengan syarat yang dikenakan ke atas Sultan Mahmud Shah. Selain itu dengan adanya syarat tersebut dapat kita menyatakan bahawa Puteri Gunung Ledang telah menolak lamaran sultan denagn sangat bijaksana.

 Bibiliografi
Muhammad Yusoff Hashim, Persejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber, Penghayatan, Masalah Dan Tafsiran Naskhah-Naskhah Terpilih Sejarah Melayu, Teks Publising Sdn Bhd. Kuala Lumpur, 1998
Muhammad Yusoff Hashim, Syair Sultan Maulana: Satu Penelitian Kritis Tentang Hasil Pensejarahan Melayu Tradisional, Universiti Malaya, 1998
Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1971
Muhd Yusof Ibrahim Dan Mahuyudin Hj. Yahya, Sejarawan Dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998
Reiss, Timothy J
1992 The Meaning of Literature. Ithaca, Cornell University Press.

Tun Seri Lanang
1997 Sulalat al-Salatin. Muhammad Haji Salleh, editor. Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zalila Sharif dan jamilah Haji Ahmad, ed.
1993 Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sunday, 7 October 2012

why must me??

ketensionan terserlah2..drawing first utk assignment di reject..tp secara baik..huhuhu..bukan dengan mngoyakkan drawing tu..nasib baik lah..tp penat seminggu mnyiapkan drawing tu lastly kne reject..ok..kalau awak nk score 3.o and above u must score at least A for THIS DRAWING(ART)..huhuhuhu..sedih!!!

so dalam masa seminggu aku perlu siapkan assignment ni...sngt2 stress..malam td stay up smpai lewat pagi..semata2 nk siapkan drawing..xboleh lagi krooohhh..krohh...hehe..

harap2 for the first exm ni aku dapat buat terbaik..especially art paper..aminnn..cpt aminkan ramai2...chill:)

Saturday, 6 October 2012

haunted apartment...seram

first day dipindahkan ke apartment kemumin..pukul 12 malam lebih baru settle sumenye..agkut barang2 dan beg besar2 bagai..penat sgt.fuuhhh,,,first sight tgok...cantik gler apartmentnye..apartment baru..mesti la luarannya cantik..

tp sesuatu yang kami xjangka..unpredictable situation when someone said that "ohh,korang thu x air xde kat sini???"

dalam hati aku..macm mna ni..air xde mcm mna nak mandi,semyang,basuh bju..dah memng larut malam sgt...ada yg menagis2 nak balik rumah..first time kot dlm keadaan macm ni..aku nk ngs x ngis..nk hepi xhepi...blur sebentar..haha..mule2 kami 1 geng decide nk tido kt masjid terdekat...tp tkot la plk...pastu plan kedua nk pegi sewa hotel semalam..boleh jugak macam tu tp macam mna..mana ada transpot..kami mula runsing..dengan xmndi seharian uruskan barang n pendaftaran hostel kot...

aku semakin sakit kepala dan sakit kepala...2 3jam jugak kami stay kat ground floor..mogok xnak naik apartment yg penuh dengan barang2 wiring..masih dalam pemasangan barang2 elektrik...huhhh...semak..rimas betul..dalam keadaan yg merimaskan tu ada terselit rasa takut..

lastly,kmi decide utk naik jugak..nk tido..esok ada aktiviti fakulti plak..aku jenuh berdoa cancel semua aktiviti..

bismillahirrahmanirahim...ucpan basmalah kluar dri mulut aku..pelindung..naik2 atas tgok keadaan dlm umah okey je..cuma lntai berhabuk sikit..aku pelik..xkan apartment ni  xde penghuni dduk...siasat punya siasat apartmen ni dah di tinggalkan hmpir 3 tahun lebih..errrmmmm..mak nak balik...tkot..


jeng jeng jeng,,,ada lagi klimaks yg paling menakutkan...tungggguuuuuu....

gambar sekadar hiasan...

tengah2 mlam buta kami berempat yg kesemuanya housemate aku wat keje gila malam2..basuh lantai ruangtamu..penat dari pagi td xabis lagi kene pulak jdi cleaner sementara..cuci 1 rumah..dan settle sumenye kmi pun tido beramai2 kt ruangtamu..bilik biarkan kosong dulu sebb xbasuh lagi..xmampu nak basuh dah..penat..

dipendekkan cerita...sekarang dah hampir sebulan lebih kami duduk apartment tu..selesa tp ada something yang membuatkan aku berapa xsuka..mlm2 pukul 1 lebih mula lah aku dengar mcm2..bunyi orang heret kerusi...heret almari...krrrrrrraaaaakkkkk...

allah,,aku trus bca ayt kursi..tkot punya pasal malam tu aku than semua hajat aku ke toilet..esok paginya aku tya housemate..dorang pun ada jgk dengar..housemate rapat ak,zura siap dengr org ketuk pintu bertalu2 pukul 3 pagi...tp yg dasyatnye boleh die bukak pintu tp haaaaaaaa ...no one ouside..bulu roma terus meremang sakan la..die trus amik wduk n bce yasin n trus tdo..berani betul bukak pintu waktu2 mcm tu...

hari yg seterusnya aku xbrapa pasti...pukul 1.41 agi..semua org nyenyak tido..tbe2 aku terengar 1 suara yg mnyeramkan..jeritan seseorang....3 kali jeritan tu berkumandang..haaa..aku dgr2 trus tjga dari tdo..xbrani nk kejutkan romemate..die dok krooohhh..krohhh lagi..hehehe..

sampai sekarang benda tu masih ada..harap sumenye aka hilang..dgr cerita orng dekat2 ngn apartment ni,,memg tmpat ni keras...ada kisah disebalik apartment ni...cantik tp penuh misteri..pembuangan bayi bayak terjadi di sini..so aku xtahu nk buat mcm mana..katenye lagi rumah ni memng xberpagar dari first boleh digunakleh budak nursing...

so the moral of the story...selalu lah baca yasin dan rapatkanlah diri dgn allah supaya dia dapat melindungi kita dari segala lapetaka dan bahaya...peace yoooooo